-_-

Saturday, July 31, 2010

CARILAH pasangan hidupmu, yang jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pada Allah, serta bertambah imanmu kepada Allah...
Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yang jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan...

Sesungguhnya, itu hanyalah godaan syaitan yg akan mengheretmu ke lembah kemaksiatan "


"Cintakan bunga, bunga akan layu..

Cintakan manusia, manusia akan mati..

Cintakan Allah, kekal selamanya"


"Aku mencintaimu, kerana agama yg ada pada dirimu..Jika engkau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.."


"Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu

daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]"

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]"

Subhanallah

Sekadar Renungan - Maksud di dalam solat

Memahami maksud ayat di dalam solat adalah untuk kita lebih khusyuk dan paham apa maksud ayat2 tersebut..


Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjukan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Semoga solat kita diterima Allah S.W.T


Sumber dari http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=101193
Untuk dikongsi bersama :)

Friday, July 30, 2010

Nasihat Al-Ghazali ; Renungan Bersama

Hasil penjelajahan blog seorang hamba Allah :)

Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama di kalanganpenuntut ilmu yang membuang- buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira bahwa di dalam ilmu tak bersari itulah terkandung keselamatan dan ke bahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsuf-filsuf. Ia tidak tahu bahwa ketika telah ada pada seseorang itu ilmu, maka apa yang memberatkannya, seperti disabdakan Rasulullah saw, "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu.

"Wahai anak! Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tidak akan menyelamatkan orang. Jika di suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindunginya dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali jika diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan! Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah."

"Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga untuk mengulang-ulang ilmumu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apakah yang sebenarnya menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari material dan kesenangan dunia, atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan-kawan semata, maka malanglah engkau. Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah saw, dan menyucikan budi pekertimu, dan menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau."

Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun mengantuk itu menyiksa mata, ia akan sia-sia jika tidak kerana Allah semata-mata. " Wahai anak! Hiduplah sebagaimana mahumu, namun ingat! Bahawasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai, namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang kau kehendaki, namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti.

Thursday, July 29, 2010

Watch your thoughts;
they become words.
Watch your words;
they become actions.
Watch your actions;
they become habits.
Watch your habits;
they become character
Watch your character;
it becomes your destiny

Buat Sahabatku, Noor Farah Ain :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pakaian Muslimah (3/6) Jangan Jadi Suami yang Dayus

Pendedahan Aurat Adalah Perbuatan Jahiliah


Sebelum turunnya ayat dan hadis-hadis tentang hijab, menutup aurat secara sempurna tidak berlaku dalam masyarakat Arab jahiliah. Menutup aurat amat bertentangan dengan budaya jahilah. Mereka amat berbangga menggayakan pakaian yang mendedahkan tubuh mereka agar menarik perhatian kaum lelaki.

Al-Quran mengharamkan tabarruj kerana ia adalah perbuatan jahiliyah. Erti tabarruj iaitu pakaian yang mendedahkan aurat, dandanan (solekan) yang menggoda, fesyen menjolok mata dan tingkah laku yang keterlaluan. Al-Quran diturunkan sebagai peringatan kepada kaum wanita mukminah agar tidak bertabarruj. Firman Allah:

وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلاُوْلَى.
"Janganlah mereka bertabarruj (berhias/berdandan) secara dandanan jahiliah dahulu kala". QS: Al-Ahzab, 33 :33.

Makksud tabarruj (تَبَرُّج) selain memberi erti "berdandan atau berhias sebagaimana cara dandanan (fesyen) dan gaya jahiliah", dijelaskan juga pada ayat:

وَلاَ يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوْبِهِنَّ.
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa terlihat darinya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung mereka hingga (menutupi) dada mereka". QS: An-Nur, 24 :31.

Dari ayat di atas dapat difahami, antara pengertian tabarruj ialah menampakkan perhiasan (aurat) yang wajib ditutup. Kerana pengertian kain tudung ialah kain yang menutup dari kepala sehingga kedada. Firman Allah seterusnya:

وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّ.
"Dan janganlah mereka menghentak kakinya (apabila berjalan) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan". QS: An-Nur, 24 :31.

Menurut Muhammad bin Salim seorang ulama Syafieyah, maksud tabarruj ialah:

(اِظْهَارُ الزِّيْنَةِ وَالْمَحَاسِنِ)
"Mendedahkan Perhiasan dan kecantikan".

(اَلتَبَخْتُرُ وَاْلاِخْتِيَالِ وَالتَّآوُدِ فِى الْمَشِى)
"Bergaya, bermegah, menggoyangkan punggung dan mengada-ngada (dibuat-buat suatu cara) apabila berjalan". (Lihat: Muhammad bin Salim bin Hafiz al-Alawi al-Husaini al-Hadrami. Lihat At Tadkiratul Hadramiyah. "Penafsiran ayat di atas".)

:)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ya Allah Ya Rabbal Alamin

Saturday, July 17, 2010

FADHILAT SYAABAN

1. Sabda Nabi S.A.W. : Apabila masuknya bulan Syaaban, perbaikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanKu atas antara kamu.

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah Taala tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusuf A.S. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud A.S. Jika dia dapat sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. (Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir hari khamis pada bulan Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-hadis) dari kitab Al-Barokah.

4. Berkata Siti Aisyah R.A. , Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.

5. Sabda Nabi S.A.W. : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban adalah bulan mengkhifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan dosa (Jasmani dan Rohani).

6. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa berpuasa pada bulan Syaaban kerana membesarkan Bulan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezkinya baginya – antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

7. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang terlebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

8. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa Bulan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Ambia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah Taala atas sekalian makhlukNya. (Al-Hadis).

9. Bulan Syaaban – Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya , dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya : Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyengutukan Allah sesuatu, kecuali : tukang nujum , kekal dalam zina, kekal minum arak dan yang menderhakai terhadap ibubapa. (Al-Hadis).

10. Sabda Nabi S.A.W. : Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

11. Sabdanya lagi : Apa datangnya malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyanglah, banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya. Allah S.W.T. berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala maka Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku akan pemudahkan urusan rezkinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

12. Tersebut dalam kitab Al-Barokah : Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, juga ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

13. Tersebut dalam kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh-bersungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya : Ya Muhammad !, gembiralah kamu bahawa Allah Taala mengampunkan segala ummatmu orang yang tiada menyengutukannya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku’ pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang sujud pada malam ini. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang menangis pada malam ini. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini, dan pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibrail, sampai bilakah terbukanya pintu ini (diterima doa) – Jawab Jibrail : Sehingga naiknya fajar subuh. Dan katanya lagi: pada malam ini dimerdekanya hambanya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab (Bani Kilab diantara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hambanya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari-hari di dunia ini serta malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan Jibrail ke syurga untuk menghiasi syurga.

14. Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam Ghaniah : Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya para Malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadah sepanjang-panjang malamnya, dan bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan mengerjakan ibadah, kerana mereka tidur pada malamnya.

15. Allah tidak ampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban terhadap enam golongan manusia :
(1) Orang yang kekal minum arak.
(2) Orang yang derhaka dua ibubapanya,
(3) Orang yang kekal dalam zina,
(4) Orang yang banyak berkelahi,
(5) Orang yang melakukan penjualannya dengan sumpah yang dusta,
(6) Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. (Al-Hadis).


16. Sesiapa yang sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada ummat Muhammad S.A.W. terlebih afdhal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah S.W.T. memberitahu kepada Nabi Isa A.S. lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah : Mudah-mudahan aku daripada Ummat Nabi Muhammad S.A.W. (Diqabulkan Allah Taala akan doanya bahawa Nabi Isa A.S. akan zahir bila berlakunya hari qiamat menentang Dajjal)

17. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan); iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama, malam Raya Aidiladha yang pertama, dan malam Arafah. Disembunyi malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam itu malam rahmat dan merdeka daripada api neraka, supaya sepanjang malam ramadhan atau sepanjang sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan ummat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.
Demikian juga disembunyikan : اسم الاعظام (nama Allah yang Teragong) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajab doa kerananya.

18. Barangsiapa membaca pada bulan Syaaban :

(Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dianya dengan seikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang–orang kafir).

Maka ditulis baginya umpama ibadah 1000 tahun (At-Taurah) dan dihapuskan daripadanya dosa 1000 tahun dan keluarlah dari kuburnya dalam keadaan mukanya bercahaya seperti bulan purnama dan ditulis pada dahinya (siddiqo) yakni orang-orang yang benar.

copied from : http://adlizakaria.blogspot.com/

Wednesday, July 7, 2010

Tazkirah sikit :)

Antara kilauan permata dan debu-debu pasir. yang mana satukah anda pilih? Pilihlah permata, kerana ia sangat berharga dan tinggi martabatnya. Wanita seperi permata, diciptakan oleh Allah dengan 1001 kecantikan. Namun, kecantikan itu perlulah disimpan sebaik-baiknya kerana disitulah ukuran martabat seorang insan bergelar wanita. Wahai kaum Hawa,jangan biarkan diri dianggap seperti debu-debu pasir yang berkilau ketika dipanah sinaran matahari, biarpun cantik, ia dipijak begitu saja. Jagalah aurat dan kecantikanmu kerana ia sangat mahal dan jangan sesekali biarkan dirimu menjadi murah…

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis ketika dia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis.

Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan pelbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka diseksa dengan sangat berat dan mengerikan.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka,” kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.” Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Alangkah indahnya jika semua kaum Hawa tahu akan azab-azab yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak mengamalkan suruhan-Nya. Bukan hanya sekadar ‘tahu’, tapi juga berusaha untuk menjadi ‘cantik’ pada pandangan Allah. Berusahalah untuk menjadi bidadari dan penghuni SyurgaNya… Usah biarkan diri menjadi ‘kayu-kayu api’ di neraka…

Jika kamu sayang wanita-wanita yang hadir dalam hidupmu, berilah peringatan kepada mereka, agar SyurgaNya yang Hakiki dapat kita miliki bersama-sama…

Rasulullah SAW bersabda : “Berpesan-pesan kalian dengan kebaikan terhadap para wanita (istri), kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian yang paling atasnya. Bila engkau paksakan untuk meluruskannya niscaya engkau akan membengkokkannya, namun bila engkau biarkan dia maka dia akan terus menerus bengkok. Kerana itu berpesan-pesanlah kalian dengan kebaikan terhadap para wanita (isteri).”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Wednesday, June 30, 2010

Wajib Menyegerakan Perintah Allah.

"Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab: “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan”. (TMQ An-Nur[24]: 51-52).

Sunday, June 27, 2010

bed dey

Today is my bad day. Sangat-sangat bad day. Sangat-sangat. Tak tau lah. Pelik betul. I'm worried lah. Ya Allah, please help me. Guide me to your path and never leave me alone. Amin amin ya rabbalalamin.